Mereka di sini , bertuhankan dewa-dewa manusia,
diagung-agungkan pada tahap tertinggi akal manusia mampu mencapai,
sedangkan dewa-dewa itu juga berdarah merah seperti mereka,
juga merasakan kelaparan, kesedihan, kegembiraan,
kerana mereka juga manusia.
Tuhan-tuhan mereka,
menjadi rujukan sepanjang kehidupan,
waima menelan sayur yang payah menjadi mudah,
kerana dewa-dewa mereka tunjukkan caranya.
Dewa-dewa manusia ini juga ada limitasinya,
mereka mengubah fizikal mereka se-extreme yang mungkin,
kerana menjadi dewa-dewa kepada manusia biasa mana mungkin kelihatan sama seperti orang biasa,
mereka mesti cantik luar biasa,
namun kecantikan yang mereka cipta sendiri juga berlimitasi kerana,
tangan pengubah juga berdarah merah,
ya, hanya manusia.
Dewa-dewa manusia ini,
merasakan mereka sudah mencapai puncak impian mereka,
dijunjung semulia-mulianya,
ketaksuban orang biasa adakalanya yang meragut kebebasan sendiri..
akhirnya, mereka dan dewa-dewa mereka,
berjalan di bumi,
meneruskan hidup dengan jiwa-jiwa yang kosong dan kontang.
cebisan kenangan seoul 2012, winter.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Twitter
Facebook
Digg
Delicious
Stumble


0 comments:
Post a Comment