Monday, February 13, 2012

subway

Kad T-money telah digeserkan dengan scanner,
Kami berjalan, berlanggar bahu dengan insan2x yang berkejar-kejar dalam kesejukan,
Berdiri di line yang betul, sambil menunggu train.

saya berdiri dan melihat pintu kaca.. Tersenyum...
berdiri sambil menanti...
ke manalah train ini akan membawa saya pada hari ini..
adakah tempat yang bakal saya tuju itu menambahkan keimanan saya kepada Pencipta saya?
atau hanya sekadar memenuhi kehendak saya untuk melihat keindahan tempat orang?

seakan satu hobi,
berdiri, dan menanti,
samada itu subway, metro mahupun komuter.

Menanti,
sambil berfikir,
destinasi bakal yang akan saya tuju.

samada sejuk tahap extreme, atau panas tahap extreme, atau panas yang mengalirkan keringat...
perasaannya tetap sama..

mungkin sudah jadi satu hobi,
berada di tempat biasa,
dengan harapan yang luar biasa,
agar tempat yang bakal dituju mampu mencatatkan sejarah bahawa saya sudah semakin dekat menuju Ilahi..

0 comments:

About