Secara jujurnya, saya merindui bumi itu. Masih segar dalam ingatan apabila kalbaram menusuk sehingga sum-sum tulang. Kaki menjadi sakit, namun masih lagi gagah berjalan, dicelah2x bangunan yang licin setelah turunnya salji lebat.
Keluar sahaja dari bangunan, kalbaram menampar dengan sepakan yang kuat. Pipi menjadi merah. Mata mula berair.. Terasa mengantuk pula jalan2x dalam sejuk.Pernah feeling degree waktu mencapai -20..
Rindu kerana di sana, minda terbuka untuk berinteraksi dengan beberapa manusia yang tinggal di Seoul.
I have to admit. at first, when I Visited Hanyang, dan makan twigim bersama Shafura, saya kurang senang dengan pekerja kedai itu yang asyik berbisik tentang kami. Pelanggan yang masuk memandang kami dengan muka yang terkejut bercampur pelik, dan mula berbisik-bisik antara satu sama lain tentang kami.Saya merasakan satu aura yang gelap ketika berada dalam kedai itu.kalau ikut gaya inche Gabbana, sumpah kekok tahap dewa. Saya terus menghadiahkan mereka senyuman yang saya sangatlah tahu senyuman itu ibarat telan cuka. Lagilah respond mereka pelik. T_T.... keluar sahaja dari kedai itu, shafura menggelakkan saya. ya saya tahu, saya kena belajar senyum ikhlas, especially apabila berhadapan dengan situasi di mana perasaanya saya ibarat seorang penjenayah yang terkenal keluar dari penjara.
Pelajaran pertama: Muslim kena mesra dengan penuh ikhlas. Jangan mudah terasa dengan layanan janggal orang2x yang tidak faham. Berhati besar dalam berinteraksi dengan mereka.
teringat kisah di Itaewon, awal pagi kami sudah bertolak. Tergesa-gesa untuk ke kelas agama yang dianjurkan oleh AJK masjid Itaewon. Seorang guru Palestine menghuraikan tafseer Al-Quran, mengajar hadeeth dan juga tajwid. Sempat berborak dengan seorang wanita korea yang tergesa-gesa ke kelas. Dia berborak seketika dengan saya. Seorang reverted yang berhijab. Subhanallah. Dia berkongsi cerita dengan saya tentang mujahadahnya yang ingin mendalami Islam yang baru dianutinya.
Pelajaran kedua: Kena ada semangat untuk sentiasa memperbaiki ilmu dan akhlak, dan bermujahadah. Jangan rasa bahawa iman itu boleh diwarisi dari nenek moyang.
Satu malam dalam train subway, seorang businessman dengan rakan2x businessnya menggunakan train, memasuki gerabak dengan kami. Dia menegur kami. Bahasa Inggerisnya fasih. Kami berborak. Yang bestnyer issue yang dia share dengan kami adalah trend ekonomi dunia sekarang,( nama pun orang business). China semakin ke depan , dan Indonesia dia ibaratkan sebagai gergasi yang tidur, dan apabila terjaga mampu menjadi negara terkedepan, dan kerana itulah dia pernah tinggal di sana melihatkan kepada peluang perniagaan antarabangsa. Dan apabila saya bertanya komennya tentang Malaysia. Sungguh terus terang pak cik ini.(hamboi~~~) Dia mengatakan, tidak akan selaju Indonesia, comparing to tenaga buruh yang lagi banyak di Indonesia, dan pattern ini adalah sama di China. Dia memberi salam kepada dengan ucapan Assalamualaikum ketika saya dan dia keluar ke Sindorim.
Pelajaran ketiga: Huhu, kena sentiasa update dengan perkembangan semasa.
Hari terakhir sebelum pulang saya singgah di Istana Geongbukgung. Salji turun comel2x... sentuh sahaja dengan kulit mencair. Namun turunnya lebat. angin yang menyapa wajah juga bukan jenis kalbaram, tapi seakan-akan, mengucapkan selamat tinggal kepada saya untuk kali terakhir.
Melintasi Kedutaan Amerika yang berada berhampiran dengan Istana Geongbukgung, saya melihatkan ramai betul polis yang berjaga di hadapan tembok bangunan. Perlukah??
" Cheh penakutnya amerika." Komen saya.
" penakut! penakut! amerika gergasi tua yang penakut!" Jerit Attiyah kepada tembok tinggi itu.
" Tunggu saat jatuh je la amerika" Tambah saya. kami ketawa sambil melintas jalan.
Kami solat di tepi laluan dalam sebuah bangunan yang paling jarang orang lalu.Orang korea memang janggal melihat kami. Sudah lah tudung kami terasa asing bagi mereka, tiba2x solat pula bukan di topekong...Seorang pekerja yang melintasi kami terkejut. Namun, dia dengan sopan berlalu pergi tanpa menganggu kami.
pelajaran ke empat: Di mana2x pun kita berada solat tiada kompromi.
Setelah makan tengah hari yang kami setkan terus sebagai makan malam, kami mengambil keputusan untuk pulang dengan bas. Supaya saya dapat melihat seoul buat kali terakhir sebelum saya balik.
Berjalan ke perhentian bas, kami singgah membeli kacang di sebuah gerai. Kami berdiri di tepi information board sambil melihat bas apa yang perlu kami naik untuk terus pulang ke Dongyang Mirae University. Seorang perempuan Inggeris memerhatikan kami.
" You wanna some?" Tanya saya kepada dia sambil menghulurkan kacang.
Dia terus mendekati saya dan menghulurkan tangannya.
" Yes of course. What is this?
" I think it is a peanut with mix of coconut, it has a bit taste of coconut" Saya menjawab.
Dia meminta saya menambah bilangan kacang. Saya mnuang lagi.
Kami berborak-borak tentang dia yang mengajar di sebuah universiti yang di Seoul. Dia sedikit merungut dengan kesejukan tahap melampau korea.
Saya dan Attiyah sedikit blur?
" Where are you from? I thought your country is same as korea?"
" I am from Ireland. and I think we only reach to negative 1 or 2."
Saya hanya mengangguk. Dia bertanya tentang Malaysia, dan beberapa soalan tentang muslim malaysia di Korea. Bas kami sampai dan kami melambai dia sebelum kami pergi. Saya sempat menuang kacang di tangannya lagi.
pelajaran ke lima: Jadilah initiator dalam apa jua tindakan yang baik.
One thing I learn... menjadi asing menarik orang lain untuk melihat kita. Mereka menilai kita dari pakaian kita, perbuatan kita dan melihat cara kita berkomunikasi dengan masyrakat sekeliling. That is why when you choose to wear Hijab, you already put Islam into a full display. So,jalankan amanah.
Jika bukan kita yang memulakan sapaan, seakan ada satu tembok between kita dan mereka, yang saya rasa rugi kerana jika tembok itu tidak dipecahkan kita tidak dapat melihatkan dia Islam itu apa dan bagaimana.dan kita juga tidak mampu membawa Islam itu jika kita tidak Izzah dengan ke'asing'an kita.
Twitter
Facebook
Digg
Delicious
Stumble


2 comments:
kenapa baca entri awak ni wt kite nanges? T-T i miss u farhana....
awk rindu mesia ney...baliklaaa
Post a Comment