Sebelum ini saya dikejutkan dengan kenyataan seorang reverted yang ingin keluar dri Islam setelah beberapa masalah berlaku pada dia.Dan nampaknya dia kembali aktif berblog semula tanpa menukar alamat blog dia. Jika dahulu blog dia sarat dengan isu Islam, kini tidak lagi. Baru beberapa artikel dikeluarkan dan kali ini dia ingin mendedahkan bahawa mempercayai tuhan itu adalah satu ilusi.
Bagaimanakanh perkara ini boleh berlaku? Ini bukan satu isu baru. Isu lama. Dan banyak sahaja berlakua kepada reverted yang asas Islamnya masih tidak kukuh.
Kebanyakan kita mecari kebenaran kerana mahukan satu kebahagiaan yang hakiki. Tapi ramai antara kita tersalah dalam menafsirkan kebahagiaan hakiki.Jadi, apakah bahagia itu??
Tahukah anda hidup di dunia ini memang adalah tempat anda hidup bersusah payah, merasa kelaparan, dan kesedihan , kesempitan. Namun, dalam kedukaan itu diselang-selikan dengan bahagia, Namun, bahagia dunia bukanlah sesuatu yang bersifapt kekal, samalah juga dengan sifat dunia itu sendiri yang tidak kekal.
Rujuk surah Al-Baqarah,2:36
Jadi, jika anda rasa dengan memasuki Islam dan anda terus merasa bahagia tanpa diuji, maaf, anda sudah salah dalam menafsirkan erti kebahgaiaan, kerana ALlah akan menguji iman kamu setelah kamu beriman.
Rujuk surah al-Ankabut; 2-6
surah yang saya minta anda rujuki memberitahu anda dengan lebih detail kenapa anda diuji.
Kualiti dalam pembinaan aqidah itu sangat penting. Apabila anda percaya dan yakin dengan hari pertemuan bersama Allah, anda akan cuba sedaya upaya untuk menuju ke arah itu.
Kenapa mesti anda melakukan kebaikan, kena berjihad dalam melakukan kebaikan? Meninggalkan keburukan? Semua ini, tidak sedikit pun akan memberi kesan kepada Allah. Sedikit pun TIDAK! Allah itu tidak lemah! Dan sebenarnya, semua yang anda berusaha kerasa adalah untuk diri anda sendiri. Untuk satu hari di mana semua orang beriman yakin hari itu akan tiba. Masa itu, amal anda akan dihisab. Dan barulah anda akan merasai bahagia, hari di mana, segala resah, gundah dan kesmpitan itu dileraikan dari anda, dan hanya duduk berborak-borak dalamnya, merehatkan diri, dan makan2 bersama rakan2 anda yang anda dengar kisah juangnya di dunia namun anda tidak berpeluang menemui dia di dunia, Bertemu Rasul dan para sahabat dan melihat wajah mereka dengan rasa bahagia dan bangga. Itulah bahagia yang sebenar-benar bahagia.
Maka, (az-Zumar)
11."Katakanlah,;'sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam agama
12. Dan aku diperintahkan agar menjdai orang yang pertama-tama berserah diri"
13.Katakanlah;" Sesungguhnya aku takut akan azab pada hari yang besar jika aku durhaka kepada tuhanku."
14. Katakanlah ,"Hanya Allah yang aku sembah dengan penuh ketaatan kepada-Nya dalam agamaku
15. Maka, sembahlah selain Dia sesuka hatimu;" Katakanlah, sesungguhnya orang2 yang rugi ialahorang yang merugikan diri sendiri dan keluarganya pada Hari kiamat."Ingatlah!Yang demikian adalah kerughian yang nyata.
16.Di atas mereka ada lapisan2 dari api dan dan dibawahnya juga ada lapisan2 yang disediakan bagi mereka. Demikianlah Allah mengancam hamba2nya ."Wahai hamba2 Ku maka berTAQWAlah kepada Ku,"
17. Dan orang yang menjauhi taghut tidak menyembahnya dan kembali kepada ALlah, mereka pantas mendapat berita gembira;sebab itu sampaikanlah kabar gembira kepada hamba2 Ku.
18. (iaitu) mereka yang mendangar perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang2 yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itu mempunyai akal yang sihat.
Wallahu wa Rasuluhu a'lam.
Apa yang tulis di dalam ini hanyalah tafisr. Open your active book=Al-Quran and tadabbur seketika.
Jika anda bahagia dengan tidak mengapresiasi Hidayah yang Allah beri, itu terpulang. Taeapi itu memang satu kerugian yang amat kerana tiada yang lebih indah selain HIDAYAH Allah. Tidak ada benda yang dalam dunia ini senang2 belaka. Untuk dapat yang terbaik memang akan kena bersusah. payah Saya rasa anda semua sangat memahami sunnatullah yang satu ini kerana setiap musim exam anda akan merasakannya.
Jika merasa ;lemah berdoalah kepada yang Maha Memberi Kekuatan dan duduklah bersama mereka yang kuat agar merasa sedikit tempias dari mereka.
untuk diri saya juga. Wallahua'lam






